RESEPI MASAKAN TIMUR DAN BARAT,RESEPI MASAKAN KAMPUNG,RESEPI MASAKAN MELAYU,SERTA KUIH MUIH. SEMUA RESEPI-RESEPI DIDALAM HALAMAN NI HANYALAH KOLEKSI
Search This Blog
Popular Posts
-
Bahan-Bahan: Yee mee ( sediakan untuk 4 orang makan ) 20 ekor udang sederhana besarnya isi daging ayam yang telah dihiris sedikit hirisan d...
-
Bahan-Bahan: 20 gm suhun 100 gm fucuk tauhu 3 keping tauhu - dipotong dadu 200 gm tempe - dihiris nipis 80 gm udang kering 1 liter santan 2 ...
-
Bahan-bahan ( 2-3 org makan ) 2-3 sanggul (gulung) yee mee 5 ulas bawang putih 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga ...
-
Bahan-bahan: 2 ketul ayam Sedikit lada hitam Sedikit sos lea&perrine Sedikit serbuk paprika (serbuk cili) Garam secukup rasa Bahan Sos: ...
-
Lapisan Bawah: 2 cawan pulut 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam Cara 1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak. 2. Ku...
Tuesday, 30 November 2010
Cantonese Yee Mee
Bahan-Bahan:
Yee mee (sediakan untuk 4 orang makan)
20 ekor udang sederhana besarnya
isi daging ayam yang telah dihiris
sedikit hirisan daging lembu (yang telah direbus)
sedikit lada sulah
2 biji putih telur
2 buku pati ayam Maggi
100 ml Air rebusan kulit udang
Garam & serbuk perasa
200 gm kobis cina (dipotong kecil)
100 gm sawi hijau (dipotong kecil)
2 ulas bawang kecil (untuk menumis)
3 ulas bawang putih (untuk menumis)
2 sudu makan minyak bijan
3 sudu besar tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air
sedikit minyak zaitun untuk menumis
3 batang daun bawang
sedikit bawang goreng untuk hiasan
Cara penyediaan:
Masukkan bahan-bahan untuk menumis. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada sulah dan air rebusan kulit udang.
Biarkan mendidih.Masukkan Udang, isi ayam dan hirisan daging. Biarkan mendidih selama 10 minit.Kemudian masukkan Kobis Cina dan sawi hijau. Masak selama 2 minit.
Masukkan larutan tepung jagung. Akhir sekali masukkan minyak bijan untuk mewangikannya. Taburkan bawang goreng dan daun bawang untuk menghiaskannya. Bolehlah di masukkan kuah tadi ke dalam Yee Mee yang telah tersedia.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidangkan ketika masih panas kerana jika sejuk kuahnya akan membeku.
Tambahan:
Hendaklah sentiasa mengacau kuah ketika memasukkan larutan tepung jagung kerana jika tidak dikacaukan kuahnya akan berketul ketul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment